17 OKT : China sedang menguji kemampuan angkasa baharu dengan peluru berpandu hipersonik ‘Long March’ dengan melancarkan peluru berpandu nuklear yang mengelilingi bumi pada orbit rendah sebelum menuju sasarannya.
Perkembangan senjata hipersonik China itu mengejutkan pelbagai pihak terutama risikan Amerika Syarikat (AS).
Setakat ini, selain China, beberapa negara lain yang turut membangunkan teknologi hipersonik ialah AS, Russia, dan sekurang-kurangnya lima lagi negara.
Peluru berpandu hipersonik seperti peluru berpandu balistik boleh membawa senjata nuklear yang berupaya terbang lima kali lebih laju dari kelajuan bunyi.
Namun, peluru berpandu balistik berupaya terbang tinggi ke ruang angkasa untuk mencapai sasarannya, sementara hipersonik yang terbang di lintasan rendah di atmosfera berpotensi mencapai sasaran dengan lebih cepat.
Lebih penting, peluru berpandu hipersonik dapat digerakkan seperti peluru berpandu subsonik yang jauh lebih perlahan, menjadikannya lebih sukar untuk dikesan.
Walaupun negara seperti AS membangunkan rekaan sistem bagi pertahanan terhadap peluru berpandu peluncur dan balistik, namun kemampuan untuk mengesan dan menjatuhkan peluru berpandu hipersonik masih menjadi tanda tanya.
Menurut Laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongres AS (CRS), baru-baru ini, China membangunkan teknologi itu secara agresif selepas melihat aspek penting bagi pertahanan terhadap keupayaan AS dalam hipersonik dan teknologi lain.