nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Warga pendidik perlu segera dapatkan suntikan vaksin – PM

17 OKT: Semua warga pendidik perlu segera mendapatkan suntikan vaksin demi melindungi diri dan pelajar sekolah daripada jangkitan wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun setakat ini pengambilan vaksin belum menjadi kewajiban kepada guru namun kegagalan mereka berbuat demikian akan meningkatkan risiko jangkitan susulan pembukaan sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka tidak lama lagi.

“Misalnya, guru sekolah rendah yang belum dapat vaksin, ia akan merisikokan murid mereka termasuk rakan-rakan guru, sebab itu Kementerian Pendidikan tegas dalam aspek vaksin ini.

“Kalau dengan kehadiran kita yang tidak divaksin ini bahayakan orang lain, maka kita sepatutnya ambil tanggungjawab lindungi rakan-rakan yang sama mengajar di sekolah, lebih penting kesihatan murid-murid,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Peranti Komputer Program Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar Parlimen Bera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera Bandar 32 di Pahang hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri, berkata sekiranya belum mendapat vaksinasi, golongan ini tidak akan dapat menikmati keistimewaan yang diberikan kepada individu yang sudah mendapatkan vaksin, misalnya rentas negeri.

Justeru, Perdana Menteri, meminta warga pendidik dan individu lain yang belum mendapatkan suntikan vaksin, agar segera berbuat demikian.

Menyentuh mengenai bantuan peranti itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata beliau mengharapkan ia dapat membantu meningkatkan mutu pelajaran pelajar sekali gus membaiki keputusan peperiksaan mereka.

“Kita harap mereka gunakan peranti ini dengan betul dan manfaatkan sepenuhnya, misalnya menggunakannya mencari bahan tambahan untuk belajar…bila dah ada peranti, capaian internet juga penting, dan saya sudah minta pihak terlibat naik taraf (internet) di kawasan-kawasan yang mempunyai capaian internet kurang memuaskan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pahang Mohammad Rosli Abdul Rahman, berkata kadar vaksinasi keseluruhan guru di Pahang mencatatkan 98 peratus dan ia satu perkembangan yang baik, manakala 88 peratus remaja sekolah berumur 12 hingga 17 tahun juga telah mendapatkan vaksin.

Di samping situasi COVID-19 yang semakin terkawal, beliau berkata terdapat 167 orang murid di Pahang terjejas emosi, jiwa, perasaan dan kehidupan selepas kematian ibu dan bapa mereka akibat wabak COVID-19.

“Sebanyak 9,429 atau 92 peratus pelajar daripada 11,052 yang disasarkan menerima peranti itu telah menerima peranti masing-masing, dan bakinya akan diagihkan secara berperingkat kepada keseluruhan 132 sekolah terlibat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.