18 OKT : Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Lautan Pasifik di Kepulauan Kuril, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Ahad.
Berita Yang Berkaitan
Menurut Sputnik, gegaran itu berlaku pada 17:39 GMT 160 kilometer (km) selatan kota Severo-Kurilsk di Russia, dengan pusat gempa pada kedalaman 35 km.
Setakat ini belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan.