22 OKT: Sebanyak 96 kes kematian COVID-19 dengan 21 kematian di luar hospital (BID) dilaporkan semalam.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, kes keseluruhan angka korban kini mencecah 28,234.
Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 21, diikuti Sabah (16), Perak (14), Kelantan (13), Selangor (12), Johor (8), Pulau Pinang (6), Pahang dan Terengganu masing-masing dua kes serta Kedah dan Perlis masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Setakat jam 12 tengah malam tadi, sebanyak 89,337 kes aktif direkodkan termasuk 666 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 306 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sejumlah 7,562 kes sembuh dilaporkan untuk tempoh sama.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di Malaysia kini mencecah angka 2,413,592.