nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanjawan 2022 beri fokus kepada 3M

22 OKT: Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan kerajaan pada minggu hadapan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu 3M.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perkara pertama ialah  berfokuskan kepada memulih kehidupan (recovery); kedua, membina semula daya tahan (resilience) dan ketiga ialah memangkin pembaharuan (reform).

Beliau berkata, seperti pembentangan bajet yang lalu, kerajaan akan terus komited membantu rakyat yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan dalam Bajet 2022 kali ini.

“Berpegang kepada konsep pendekatan senegara, Kementerian Kewangan (MOF) telah melaksanakan program Jelajah #Bajet2022, bagi membolehkan kami turun padang bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan.

“Ini adalah untuk memastikan Bajet 2022 adalah bajet yang inklusif, menyeluruh, telus dan berimpak tinggi,” katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-73 secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, program Jelajah #Bajet2022 juga adalah tambahan kepada Portal Belanjawan 2022 yang bertujuan mendapatkan maklum balas dari pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, MOF telah mengadakan 28 sesi ‘Focus Group’ membabitkan wakil dari pelbagai industri merangkumi kesemua sektor ekonomi.

Katanya, selain itu turut diadakan adalah 76 sesi libat urus secara langsung bersama semua Menteri dan kementerian termasuk pihak parti pembangkang.

Melalui Jelajah #Bajet2022 di lapan buah negeri iaitu Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Selangor, MOF katanya menerima 1,200 maklum balas bagi Kertas Konsultasi Awam (KKA); 1,000 memorandum melalui 105 entiti bagi cadangan Bajet 2022 dan 50,000 cadangan melalui Portal Cadangan Bajet 2022.

“Bagi KKA, antara maklum balas yang paling banyak diterima adalah berkaitan penambahbaikan Program Bantuan Tunai Kerajaan, dengan 167 maklum balas. Selain itu, sebanyak 103 maklum balas diterima bagi kajian insentif cukai.

“Justeru itu, Bajet 2022 dirangka dari usaha input dari rakyat. Pelaksanaan dengan semua pihak dilaksanakan bagi menyampaikan manfaat,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, negara tidak seharusnya membiarkan krisis yang disebabkan oleh COVID-19 ini berlalu tanpa memanfaatkan pengajaran diterima.

Beliau berkata, iktibar pertama yang harus diambil adalah persediaan kita menghadapi kemungkinan berlakunya pandemik lain di masa hadapan.

Lantaran itu katanya, negara perlu memastikan ia adalah krisis terakhir memerangkap kita dalam satu situasi yang getir.

Selain itu katanya, peralihan ke arah digitalisasi adalah sangat penting kerana ia adalah satu pengubah keadaan yang dapat merapatkan jurang pendapatan rakyat.

“Kita juga perlu membina rantaian bekalan strategik. Pada permulaan krisis, kita bergelut memperoleh atau menghasilkan pelitup muka, ventilator, alat bantuan pernafasan dan peralatan perubatan lain.

“Inilah masa terbaik untuk menerapkan konsep kelestarian dalam rantaian bekalan termasuk sosial dan persekitaran kerana isu kelestarian dan keuntungan tidak lagi saling eksklusif,” katanya.

“Malaysia juga harus mengambil pendekatan strategik terhadap isu struktur yang selama ini menghalang daripada mencapai potensi sebenar sosioekonomi negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.