23 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan pelancaran ‘Keluarga Malaysia’ pada pukul 8.30 malam ini bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga dijadualkan hadir dalam majlis pelancaran tersebut.
Pada majlis malam ini, dijangka Pada majlis itu, Ismail Sabri akan menyampaikan ucapan pelancaran dan melakukan simbolik pelancaran, serta menyaksikan montaj konsep yang diperkenalkannya itu.
Majlis pelancaran Keluarga Malaysia itu juga akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam ini