nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dewan Ulama PAS Kelantan wujud petugas khas Undi-18

24 OKT: Dewan Ulamak PAS Kelantan hari ini meluluskan 10 usul termasuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi memberi kesedaran kepada bakal pengundi baharu berusia 18 tahun mendaftar sebagai pemilih dan mengambil berat soal agama dan negara.

Kesemua usul berkenaan diluluskan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Kelantan ke-50 di Kompleks Pendidikan Islam, Kota Bharu, hari ini, yang dihadiri 115 ahli daripada perwakilan seluruh negeri.

Menjelaskan mengenai usul penubuhan pasukan petugas itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Hassan Mahmood berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti akan disertai pengundi baharu yang terdiri daripada golongan belia berumur 18 tahun dan ke atas.

HASSAN

Beliau berkata susulan itu, senario yang bakal terjadi ialah pertambahan jumlah pengundi yang dijangka mendadak di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

“Angka yang kita peroleh daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 5.8 juta pengundi muda seluruh negara. Bilangan tersebut tidak termasuk golongan dewasa yang selama ini tidak pernah mendaftar sebagai pemilih dalam PRU sebelum ini.

“Dengan berlakunya situasi begini maka kita perlu pastikan pengundi muda yang akan mengundi dalam PRU-15 nanti benar-benar memberi sokongan mereka.

“Malah, dengan adanya ‘pasukan petugas’ ini nanti sekurang-kurangnya ia dapat menarik minat mereka agar peduli kepada negara dan agama,” katanya dalam ucapan pada muktamar itu.

Antara usul lain yang diluluskan adalah seluruh ahli Dewan Ulamak PAS setiap kawasan dapat mengeluarkan infak RM1 untuk disumbangkan kepada Dewan Ulamak PAS Negeri setiap bulan, selain menaikkan elaun pegawai halakat di seluruh negeri sesuai dengan tuntutan semasa.

Selain itu, usul yang diketengahkan juga adalah supaya PAS Pusat meluaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) merentasi parti politik agar PRU-15 nanti berlaku pertandingan antara dua penjuru sahaja.

Menyentuh mengenai perkembangan politik semasa, Hassan mengingatkan semua ahli PAS supaya mengamalkan sikap berlapang dada dan bersangka baik dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekiranya ingin meraih kemenangan pada PRU-15.

Beliau turut berkata PAS sebagai sebuah gerakan Islam perlu berjiwa besar untuk menjadi pendamai dalam agenda perpaduan ummah, malah untuk memastikan kerajaan sekarang kekal memerintah, maka pendokong PAS perlu lebih bijaksana serta cermat dalam berhadapan dengan pelbagai situasi.

Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.