26 OKT: Senator Datuk Guan Dee meninggal dunia pada pukul 4.50 petang tadi selepas lima minit Dewan Negara ditangguhkan akibat penularan COVID-19.
Berita pemergian mendiang disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.
“Mendiang YB Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi merupakan insan lemah lembut dan berjiwa halus.
“Sebulan lalu kami bercerita mengenai perjuangan dan riwayat hidup masing-masing.
“Sesungguhnya Dewan yang mulia ini menjadi saksi kepada banyaknya sumbangan bakti mendiang kepada rakyat, bangsa dan tanah air,” katanya.
Rais menambah, pemergian Guan Dee merupakan satu kehilangan pilu bagi Dewan Negara.
“Guan Dee – Bersemadilah dengan penuh ketenangan. Sahabat lamamu – Rais Yatim,” katanya lagi.