nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan yakin perolehan sektor budaya RM1 bilion pada 2025

26 OKT: Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran perolehan sektor budaya pada aras RM1 bilion menjelang tahun 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sasaran tersebut akan dapat dicapai melalui pelbagai strategi pembangunan dan program yang tersusun.

“Antaranya ialah Permata Genius dan Tunas Budaya yang cekal dalam mengakrabkan anak-anak Keluarga Malaysia kepada seni, budaya dan warisan.

“Strategi ini merangkumi pendidikan di peringkat prasekolah, rendah dan menengah. Seperti pepatah, jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

ISMAIL SABRI

“Kini, kesemua institusi pengajian tinggi telah pun meletakkan aktiviti ko-kurikulum sebagai prasyarat bagi melengkapkan pengukuran tahap kecemerlangan mahasiswa,” katanya ketika berucap melancarkan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN 2021).

Pada tahun 2019, sektor budaya mencatatkan pendapatan sebanyak RM585 juta berbanding RM542 juta, pada 2017.

Jelas Ismail Sabri, perolehan itu membuktikan sektor budaya sejak dahulu memiliki potensi besar sebagai penjana ekonomi.

Sementara itu DAKEN 2021 yang dilancarkan Perdana Menteri merupakan sebuah dokumen yang holistik, yang bakal dijadikan panduan dan rujukan dalam merencana segenap pembangunan seni, budaya dan warisan negara.

Jelas beliau, inisiatif tersebut seiring menjadikan sektor budaya sebagai pemangkin sosioekonomi Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri menjelaskan seluruh strategi dan pelan tindakan DAKEN 2021 memiliki tujuh teras iaitu budaya nilai tinggi; keharmonian masyarakat; pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya; pembangunan dan pengembangan budaya; pemerkasaan budaya; penjanaan ekonomi kebudayaan dan kecemerlangan budaya.

“Pada setiap teras itu, tersulam pembangunan modal insan secara konsisten. Selain pendidikan seni, budaya dan warisan secara formal, dasar ini turut menerapkan pendidikan tidak formal sebagai usaha melahirkan para pelapis kepada penggiat seni, budaya dan warisan yang sedia ada,” katanya lagi.

Selain itu beliau menjelaskan DAKEN 2021 ini menggariskan hala tuju Malaysia menjadi ‘Negara Maju Rakyat Berbudaya’.

Katanya, ia digubal berlandaskan lima prinsip yang terdapat dalam Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan, semangat kebanggaan, keterbukaan dan menyeluruh.

“Kerajaan berkeyakinan tinggi terhadap keupayaan DAKEN 2021 ini sebagai usaha menjulang dan memartabatkan seni, budaya dan warisan negara.

“Justeru, saya menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia agar mendukung dasar ini supaya aspek seni, budaya dan warisan negara terus terpelihara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.