nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kedah tuntut royalti pajakan Pulau Pinang RM100 juta setahun

27 OKT: Kerajaan negeri Kedah menuntut Kerajaan Persekutuan membayar royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ketika ini kerajaan negeri hanya menerima bayaran khas sebanyak RM10 juta setahun sejak 2018 dan royalti pajakan sebanyak RM10,000 setahun.

“Saya dimaklumkan, bahawa Sultan Kedah sudah beberapa kali menyuarakan hal ini ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kepada Kerajaan Persekutuan, baginda juga telah membekalkan dokumen perjanjian berkaitan kepada Kerajaan Persekutuan.

MUHAMMAD SANUSI

“Pada 2018, atas tidak ada asas apa-apa Kerajaan Persekutuan beri RM10 juta, ia bukan nilai tapi diberi penambahan RM10 juta daripada RM10,000 atas asas nilaian semasa yang tidaklah begitu rigid.

“Jadi kita mohon dipertimbangkan RM100 juta yang saya fikir kalau minta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat satu penilaian terperinci mengenai pajakan negeri Pulau Pinang, saya fikir nilai semasa bukan RM100 juta tapi mungkin RM400 juta hingga RM500 juta setahun, jadi kita minta pertimbangkan RM100 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, hari ini.

Tuntutan itu katanya, akan dibentangkan Jumaat ini menerusi Belanjawan 2022.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, jumlah royalti pajakan RM10,000 pada masa ini tidak lagi munasabah.

“Sebelum ini mengikut perjanjian royalti pajakan Pulau Pinang perlu dibayar mengikut nilai 10,000 dolar Sepanyol, namun selepas merdeka British tidak menepati perjanjian itu dan dilakukan pembayaran mengikut ringgit Malaysia hingga sekarang.

“Jumlah ini tidak munasabah satu negeri bayar RM10,000 setahun, bagi Kerajaan Persekutuan RM100 juta itu kecil, pulangan (hasil kerajaan) yang diperoleh Pulau Pinang pun besar.

“Bagi Kedah jumlah RM100 juta itu sangat besar, jangan ada orang marah pula kerana ini permintaan berdasarkan sejarah dan realiti atau hakikatnya memang begitu, jangan kata Iraq hendak takluk Kuwait pula,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.