2 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dengan 18 kematian berlaku di luar hospital (BID) setakat tengah malam tadi.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 28,975 kes.
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Sementara itu, terdapat 67,233 kes aktif COVID-19 di seluruh negara yang mana 51,835 individu atau 77.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 9,082 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,747 kes dirawat di hospital dan 569 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 268 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 301 lagi memerlukan mesin ventilator.