nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua calon BN wajib tandatangan SD

5 OKT: Barisan Nasional (BN) mewajibkan semua calonnya yang akan bertanding menandatangani akuan bersumpah (SD) sebagai bukti taat setia kepada parti selepas memenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak.

Justeru, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata peguam parti sedang membuat persiapan untuk membolehkan semua calon menandatangani SD sejurus selepas pengumuman rasmi calon PRN, esok.

“Kita sedang buat persiapan pasukan peguam untuk meneliti tahap kesetiaan semua calon bagi memastikan tiada lagi seseorang yang menang atas tiket BN melompat (keluar parti) bagi kestabilan politik di negara, terutamanya di Melaka.

“Langkah menandatangani SD perlu dilakukan kerana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum ada lagi akta atau enakmen lompat parti, maka kita terpaksa membuat aku janji ini.

“Beberapa lagi dokumen perjanjian lain akan ditandatangani semua calon esok dan satu daripadanya SD itu sebagai peringatan jika sudah menang pilihan raya nanti, jangan senang-senang nak lompat parti pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan DUN angkat membabitkan Lendu, Taboh Naning dan Ayer Limau kepada UMNO Negeri Sembilan, di Kampung Pulau, Melaka, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO turut mengesahkan 90 peratus calon muka baharu akan ditampilkan parti itu dalam membawa cabaran BN pada PRN kali ini.

Katanya, sebahagian daripadanya adalah calon muda yang berkelayakan serta mempunyai latar belakang politik dan pendidikan yang baik, sekali gus mampu menawan hati pengundi.

“Insya-Allah, mereka ini pun bukan sembarangan orang kerana mereka juga pemimpin di peringkat bahagian, tetapi mereka dahulunya duduk lama di bawah, jadi penyandang yang sudah berkhidmat kira-kira tiga penggal itu beri laluan kepada pemimpin pelapis di DUN masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Mohamad juga berterima kasih kepada semua penyandang kerusi yang tidak dicalonkan semula dalam PRN yang disifatkan berjiwa besar dan rela berundur bagi memberikan laluan kepada muka baharu.

“Langkah ini membolehkan kita melakukan proses meremajakan dan mentransformasikan parti seperti yang dihasratkan sebelum ini.

“Saya selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya BN mengambil peluang ini untuk menterjemahkan hasrat parti untuk melakukan proses peremajaan dengan perlu memberi peluang pelapis muda untuk mengambil tempat (sebagai calon) dalam pilihan raya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.