7 NOV: Kerajaan Persekutuan kini tidak lagi bekerja sebagai sebuah pasukan tetapi sebagai sebuah keluarga dengan mendokong konsep Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, konsep itu bermakna kerajaan mengamalkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain.
“Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi. Bukan sahaja menjaga diri kita sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Konsep inilah yang diterapkan dalam kerajaan.
“Kerajaan bukan lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi bekerja sebagai satu keluarga. Terima kasih semua ahli Keluarga Malaysia. Kalian semua amat dekat di hati saya,” katanya.
Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Kesembilan itu menerusi ucapan sulungnya selepas dilantik menerajui tampuk kerajaan, pada 22 Ogos lalu.
Keluarga Malaysia bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran