10 NOV: Singapura akan menghentikan bayaran bil perubatan individu dijangkiti COVID-19 tetapi memilih tidak divaksinasi bermula bulan hadapan.
Negara yang berjiran dengan Johor itu berdepan gelombang COVID-19 yang buruk sejak pandemik melanda dengan rekod 2,000 ke 3,000 kes sehari selain kematian yang tinggi.
Sebelum ini, Singapura terpaksa menampung bil perubatan semua warganya dan penduduk lain kecuali mereka yang diuji positif sekembalinya dari luar negara.
Kementerian kesihatan semalam berkata, pihak berkuasa akan menetapkan bayaran kepada pesakit COVID-19 yang memilih tidak divaksin bermula 8 Dis depan.
“Orang yang tidak divaksin adalah sebahagian besar daripada mereka yang memerlukan rawatan pesakit yang memerlukan penjagaan intensif dan secara tidak seimbang ia menyumbang kepada tekanan terhadap sumber penjagaan kesihatan kami,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Mereka yang dijangkiti masih boleh menggunakan pengaturan pembiayaan biasa untuk menampung kos, seperti insurans swasta.
Bil bagi yang mereka yang tidak layak untuk vaksinasi seperti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun atau mereka yang mempunyai alasan perubatan tertentu akan dibayar sepenuhnya.
Singapura mencapai salah satu kadar vaksinasi tertinggi di dunia dengan 85 peratus daripada 5.5 juta penduduknya disuntik sepenuhnya.
Negara itu juga mengalami wabak ringan mengikut piawaian global dan hanya menghadapi gelombang virus besar dalam tempoh beberapa bulan lepas apabila varian Delta melanda.