19 NOV: Pendaki 7 Benua dan Penjelajah Grand Slam Negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin bersama Abd Rashid Mohd Sidek dan Cheah Soon Kit, bekas pemain Badminton menerima gelaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) di Istana Negara hari ini.
Soon Kit pemenang Pingat Perak dan Gangsa sukan Olimpik Atlanta 1996, Qobin dan Abd Rashid menerima gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis kalungan pingat yang sepatutnya diadakan pada bulan Februari 2021 lalu, ditunda kerana negara ketika itu diletakkan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akibat penularan wabak COVID-19.
Majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran dimulakan dengan penyampaian kalungan bintang dan pingat Seri Mahkota Wilayah (SMW) kepada 9 penerima yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Santara Kumar Ramanaidu.
Turut menerima gelaran PMW adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta pelakon dan penyanyi Datuk Yusri Abdul Halim atau Yusri KRU serta Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Luqman Abdullah,.
Majlis istiadat pengurniaan pingat pada hari menyaksikan seramai 9 orang menerima Setia Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri, 40 orang menerima Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk, 26 penerima pingat Johan Mahkota Wilayah, 48 penerima pingat Kesatria Mahkota Wilayah, 19 penerima pingat Ahli Mahkota Wilayah dan 40 orang penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah.