20 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 45 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dan tujuh daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID) semalam.
Ini menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu berjumlah 29,937, daripada 2.57 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di GitHub, Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 15 kes, diikuti Selangor (7), Kedah (5), Kelantan dan Sarawak (masing-masing empat), Pulau Pinang (3), Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing 2) serta Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing 1).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Perak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 68,637 kes aktif dilaporkan, termasuk 542 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 268 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,031 kes sembuh turut dilaporkan.
Sementara itu, terdapat 68,637 kes aktif COVID -19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 54,174 individu atau 78.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,268 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).