20 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi tadi adalah 27 peratus.
SPR mengumumkannya menerusi laman Twitter rasmi dan menyasarkan kira-kira 70 peratus daripada 495,196 pengundi yang layak, akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Semalam Setiausaha SPR, Datuk Ikmakrudin Ishak berkata, seramai 476,037 orang pengundi bakal mengundi di PRN Melaka.
Menurut beliau, sebanyak 217 pusat mengundi dan 1,109 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian dengan seramai 12,290 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian.
Pengundi juga dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan sepertimana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.