24 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 47 kes kematian COVID-19 dengan 10 daripadanya di luar fasiliti hospital (BID) semalam.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,110.
Kelantan mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Sabah (7), Melaka dan Selangor masing-masing lima kes; Johor, Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing empat kes, Kedah dan Pahang masing-masing tiga kes, Terengganu (2) serta Perak dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 68,625 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 532 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 266 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,908 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,597,080.