10 DIS: Sebanyak 41 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam denga enam kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Menurut perincian GitHub, jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 30,787 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu enam kes, Perak dan Sarawak masing-masing lima kes, Johor, Kelantan dan Pulau Pinang masing-masing empat kes, Kedah, Sabah dan Terengganu masing-masing tiga kes serta Melaka, Pahang, Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,856 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 419 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 232 memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 5,427 kes sembuh.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan negara kini berjumlah 2,678,465.