11 DIS: Polis telah menahan enam suspek kes buli di di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, yang tular di media sosial, kelmarin.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi kelmarin membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata dua berusia 13 tahun ditahan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, malam tadi.
“Setakat ini enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini polis menahan empat pelajar sekolah berasrama di Kuala Kangsar yang menjadi suspek utama insiden buli terhadap seorang pelajar lain, sebelum video mengenainya tular di media sosial.
Mior Faridalathrash, berkata empat pelajar itu ditahan selepas selesai memberi keterangan di IPD Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam semalam.
Kesemua mereka ditahan untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.