14 DIS: Sebanyak 29 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan lapan lagi kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian di GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini adalah sebanyak 30,908 kes.
Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masig empat kes, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Selangor masing-masing tiga kes serta Kedah, Pahang, Perlis, Pulau Pinang masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Melaka, Perak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 57,926 kes aktif dilaporkan, termasuk 408 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 206 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,401 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,695,143 kes.