nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM1,000, rumah baharu untuk mangsa kebakaran – PM

20 DIS: Penghuni Flat Sri Johor, Cheras yang terbakar malam tadi akan menerima bantuan kewangan RM1,000 setiap keluarga selain ditawarkan rumah baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan rumah baharu tersebut kepada lapan keluarga di flat berkenaan.

“Seperti yang saya umumkan di Selangor pada pagi tadi (semalam) mengenai bantuan kepada mangsa bencana, kebakaran juga bencana.

“Jadi, kita akan memberikan juga RM1,000 untuk setiap mereka yang terlibat, yang jadi mangsa kebakaran.

Ismail Sabri meninjau kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras malam tadi.

“Ada lapan unit semuanya yang terlibat dengan kebakaran ini. Tingkat empat ia terlibat dan ketiga (tingkat) tidak ada kebakaran.

“Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Shahidan Kassim) dan Datuk Bandar (Datuk Mahadi Che Ngah) akan menyediakan rumah yang baharu untuk mereka pindah,” katanya pada sidang media selepas meninjau kebakaran di Flat Sri Johor malam tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran jam 9 malam itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.

Menurutnya, lapan unit kediaman di tingkat lima Flat Sri Johor itu musnah dalam kebakaran.

“Setakat ini, bomba masih menyiasat sama ada kejadian membabitkan kemalangan jiwa. Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut meluangkan masa untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan daripada pegawai berkaitan, termasuk bertemu dengan mangsa.

Ismail Sabri berkata, bomba sedang menjalankan siasatan ke atas kediaman membabitkan 32 keluarga di tingkat tiga flat berkenaan bagi menentukan sama ada ia boleh diduduki semula.

Sekiranya tidak berbahaya, beliau berkata, keluarga berkenaan boleh kembali ke rumah masing-masing.

“Keadaan semakin terkawal dan dikawal oleh pihak bomba. Rumah flat tingkat empat itu ia terlibat dan ketiga (tingkat) lagi tidak ada kebakaran.

“Cuma setakat ini kita tempatkan mereka di dewan untuk sementara mereka pindah balik. Untuk lapan keluarga itu, mendapat rumah yang baharu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.