87 peratus remaja 12-17 tahun sudah lengkap vaksin
22 DIS : Seramai 2,738,450 individu atau 87 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap divaksinasi setakat malam tadi.
Seramai 2,835,938 individu atau 90.1 peratus daripada golongan itu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.5 peratus atau 22,823,150 populasi dewasa pula telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,126,700 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, sebanyak 167,323 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,161 dos pertama, 4,390 dos lengkap dan 159,772 dos penggalak.
Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,207,871 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,879,326.