22 DIS : Laluan di Kilometer (KM) 66.7 hingga KM 79.5 antara Bentong ke Karak ditutup kepada pengguna bermula 8 pagi hari ini ekoran air yang masih belum surut sepenuhnya.
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, pengguna juga tidak boleh melalui laluan LPT 1 iaitu di KM 79.5 hingga KM 136.9 antara Karak ke Chenor kerana ditutup kedua-dua hala berikutan situasi yang sama.
Menurutnya, ANIH juga ingin memaklumkan kawasan Hentian Sebelah Lanchang terputus bekalan elektrik akibat kerosakan generator.
Sehubungan itu, Radzimah menasihati pengguna lebuh raya dapat menangguhkan dahulu perjalanan dan terus mematuhi arahan petugas di lapangan.
“Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya di talian 03-26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my
“Pengguna juga boleh mengikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia atau ANIH Berhad dan juga boleh hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini,” katanya.