27 DIS: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan iaitu 27,254 orang berbanding semalam, 33,815 orang di lima buah negeri.
Berdasar aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 8,220 keluarga masih berada di 182 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Mereka yang terbabit adalah lelaki dewasa (9,502), wanita dewasa (9,182), kanak-kanak lelaki (3,915), kanak-kanak perempuan (3,858), bayi lelaki (389), bayi perempuan (408), warga emas lelaki (985), warga emas wanita (1,001), orang kurang upaya (OKU) lelaki (120) dan OKU wanita (93).
Di Kelantan sahaja, seramai 378 mangsa daripada 127 keluarga di PPS manakala di Selangor pula ialah 10,259 daripada 2,932 keluarga.
Pahang pula adalah 16,504 mangsa daripada 5,125 keluarga, Melaka; 29 daripada sembilan keluarga serta Negeri Sembilan; 84 daripada 27 keluarga.