31 DIS: Sebanyak 34 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan 11 kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,462 kes.
Perak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Sabah (7), Johor (4), Kelantan, Pahang dan Selangor masing-masing tiga kes, Terengganu (2) serta Kedah, Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 45,983 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 281 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 155 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,984 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif ialah 2,754,513 kes.