3 JAN: Sebanyak 19 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat daripadanya kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini adalah sebanyak 31,532 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Terengganu (4), Johor (3), Sabah (2) and Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kematian direkodkan di Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,606 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 284 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 156 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,291 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,764,354 kes.