5 JAN: Sebanyak 31 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan sembilan lagi kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,591 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu sembilan kes, diikuti Johor, Kedah, Kelantan, Perak dan Sabah masing-masing tiga kes, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dua kes serta Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,682 kes aktif dilaporkan, termasuk 252 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 134 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,862 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif terkini ialah 2,769,886 kes.