6 JAN : Perancis mencipta rekod baharu kes harian COVID-19 apabila jangkitan di negara itu melebihi 332,000 kes dalam tempoh 24 jam memecahkan rekod kes harian baharu sebelumnya iaitu 271,686 kes.
Dalam tempoh yang sama, seramai 2,483 orang lagi dimasukkan ke hospital dengan 396 daripadanya ke unit rawatan rapi (ICU).
Beberapa jam selepas Menteri Kesihatan, Olivier Veran memberitahu Parlimen bahawa angka 335,000 tinggal kenangan, pihak berkuasa kesihatan kebangsaan Perancis menerbitkan angka rasmi 332,252 kes harian
Veran berkata, seramai 66,000 rakyat di Perancis menerima suntikan COVID-19 pertama mereka semalam, kadar harian yang jarang diperoleh sejak awal Oktober lalu.
Ia juga berikutan kenyataan Presiden Emmanuel Macron yang memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang enggan divaksin.
Beliau juga berkata, jika kadar vaksin mencatatkan lebih 60,000 orang sehari dapat dikekalkan selama 70 atau 75 hari, penduduk Perancis akan dilindungi sepenuhnya daripada pandemik itu.
Kira-kira lima juta orang di Perancis masih belum divaksinasi, dengan 20 peratus daripada mereka dianggap berisiko tinggi daripada COVID-19. Sehingga kini, pandemik COVID-19 di Perancis mengakibatkan 124,563 kes kematian. – AFP