7 JAN: Sebanyak 19 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan empat diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,628 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu empat kes, diikuti Johor (3), Kelantan, Pahang, Sabah dan Terengganu masing-masing dua kes serta Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,779 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 253 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 130 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,484 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,776,699 kes.