8 JAN : Sebanyak 3,251 kes jangkitan baharu telah dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memperlihatkan sedikit penurunan berbanding 3,381 kes yang direkodkan semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,783,331 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.