nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB kenal pasti 2,044 rumah dibaik pulih, bina baharu

10 JAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengenal pasti sejumlah 1,879 unit rumah untuk dibaik pulih di kawasan yang dilanda bencana banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selain itu sejumlah 165 buah rumah mangsa banjir dikenal pasti mengalami kerosakan teruk dan perlu dibina baharu.

“Bagi pembinaan baharu rumah, tempoh masa yang diambil adalah antara tiga hingga empat bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

“KPLB juga memperuntukkan RM50 juta bagi membaik pulih dan bina baharu rumah mangsa banjir di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Bangunan KPLB di Putrajaya hari ini.

Mahdzir (kiri) dan Reezal Merican pada sidang media Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah untuk mangsa banjir di Putrajaya hari ini.

Pada sidang media tersebut, KPLB dan KPKT mengumumkan menamakan Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah untuk mangsa banjir sebagai Inisiatif Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Menurut Mahdzir Khalid, KPLB telah memperoleh data awal daripada peringkat daerah serta Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi membaik pulih dan bina baharu kediaman mangsa.

“Permohonan inisiatif berkenaan boleh dikemukakan oleh Ketua Isi Rumah (KIR) melalui Pusat Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah.

“Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan oleh Agensi Pelaksana seperti Giatmara, Risda dan Felcra selain melantik kontraktor tempatan bagi melaksanakan projek-projek ini,” katanya.

KPLB juga katanya, telah memulakan kerja-kerja pembaikan sejak Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Manakala empat buah rumah lagi dilaksanakan di daerah Mentakab dan Temerloh, di Pahang.

“Selain peruntukan membaik pulih dan bina baharu, KPLB turut menyedia peruntukan RM50 juta untuk projek ameniti sosial dengan skop baik pulih dan bina baharu kemudahan awam seperti balai raya, surau, longkang atau parit, jambatan serta titi di luar bandar.

“Sementara RM50 juta lagi untuk kerja-kerja baik pulih jalan perhubungan desa yang akan dilaksanakan dalam tempoh segera di peringkat KPLB,” kata Mahdzir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.