12 JAN: Sebanyak 27 kes kematian COVID-19 semalam dengan sembilan kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 31,723 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu sembilan kes, diikuti Johor dan Terengganu (empat), Sabah dan Kuala Lumpur (tiga) serta Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang (satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,913 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 229 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,977 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif di negara ini kini ialah 2,792,035 kes.