12 JAN : Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang sebelum ini ditangguhkan akibat banjir sebelum ini akan diadakan pada 16 sehingga 19 Mac depan.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketetapan itu adalah antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kata Ahmad Maslan, persidangan empat hari itu akan bermula dengan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO pada 16 Mac, disusuli pelaksanaan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti pada hari berikutnya.