14 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan ebanyak 12 kes kematian COVID-19 semalam tanpa sebarang kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Jumlah kumulatif kematian terkini ialah 31,750 kes.
Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Johor dan Pahang masing-masing dua kes serta Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,276 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 198 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 93 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,292 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif direkodkan di negara ini ialah 2,798,917 kes.