16 JAN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, menegaskan tiada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia buat umat Islam.
Katanya, sebagai umat Islam,wajib diyakini bahawasanya agama yang benar dan diredai Allah ialah Islam semata-mata.
“Tiada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia. Ianya jelas,” katanya menerusi satu hantaran Facebook rasminya hari ini.
Sebelum ini tular poster di media sosial berhubung sambutan perayaan hari agama sedunia.
“Teruslah mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dan teruskanlah juga mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat,” katanya lagi.