18 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu.
Istana Negara dalam kenyataan di Facebook berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar hari yang bermakna kepada semua penganut Hindu itu diraikan dengan penuh keceriaan dan kedamaian di samping mengutamakan keselamatan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa,” menurut hantaran itu.