9 kes kematian COVID-19 semalam
19 JAN: Kematian akibat COVID-19 merekodkan satu angka semalam iaitu sembilan kes, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Pada masa sama, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,818 kes.
Melaka, Pahang dan Selangor mencatatkan angka kematian masing-masing sebanyak dua kes, manakala Kelantan, Sabah dan Terengganu masing-masing mencatatkan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,761 kes aktif dilaporkan, termasuk 183 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 84 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,093 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif terkini ialah 2,813,934 kes.