20 JAN: Sebanyak 13 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,831 kes.
Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur mencatatkan angka kematian masing-masing sebanyak dua kes, manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perak, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,129 kes aktif dilaporkan, termasuk 162 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 76 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 2,848 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,817,163 kes.