24 JAN : Beberapa kakitangan kedutaan United Kingdom dan keluarga mereka dari Kyiv, Ukraine dipanggil balik sebagai tindak balas terhadap ancaman yang semakin meningkat dari Russia.
Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan berkata, kedutaan tetap beroperasi dan terus menjalankan tugas-tugas penting.
Keputusan itu dibuat menyusuli tindakan serupa yang diambil Amerika Syarikat.
AS pada Ahad lalu secara rasmi, mengarahkan kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka untuk meninggalkan Ukraine, berikutan ketegangan yang berterusan di antara kedua-dua negara itu.
Bagaimanapun, Moscow menafikan bersedia untuk menyerang dan berkata tenteranya berada di sana untuk sesi latihan.