24 JAN : Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata terdapat kemungkinan tahun ini bakal menyaksikan peralihan daripada fasa sukar dalam pandemik COVID-19.
Menurutnya, peralihan itu berupaya dibuat sekiranya strategi tertentu dalam kecemasan kesihatan global seperti saringan dan vaksin digunakan secara terangkum.
Dr Tedros berkata, sejak Omicron dikesan kira-kira sembilan minggu lalu, lebih 80 juta kes positif COVID-19 dilaporkan, berbanding kadar lebih rendah yang dicatatkan sepanjang 2020.
“Keadaan sangat sesuai untuk lebih banyak varian muncul,” katanya ketika bercakap pada ucaptama mesyuarat Lembaga Eksekutif,
Beliau turut menggesa negara seluruh dunia menjalin kerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik, berteraskan ‘senjata’ sedia ada.
“Pandemik COVID-19 kini memasuki tahun ketiga dan kita berada di persimpangan yang sangat kritikal.
“Kita perlu bekerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik ini. Kita tidak boleh biarkan ia berlarutan, tanpa bersikap panik dan tidak acuh,” katanya.