27 JAN: Sebanyak 12 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian terkini ialah 31,930 kes.
Selangor dan Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu masing-masing tiga kes, diikuti Johor (2), manakala Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 46,785 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 129 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 72 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,646 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif direkodkan negara kini ialah 2,844,969 kes.