29 JAN: Sebanyak12 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan satu kematian di luar hospital fasiliti hospital (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,952 kes.
Johor dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Pahang dan Sabah masing-masing dua kes serta Melaka dan Selangor masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 50,030 kes aktif dilaporkan, termasuk 127 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 70 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,285 kes sembuh turut dilaporkan dengan jumlah kumulatif negara kini ialah 2,855,930 kes.