nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan dibenar halang akses dokumen Pulau Batu Puteh

31 JAN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Kerajaan untuk mendapatkan perintah perlindungan bagi menghalang akses orang awam kepada dokumen saman berhubung kes kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff memberi kebenaran itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan juga peguam Mohaji Selamat yang mewakili Mohd Hatta Sanuri.

Dalam permohonan itu, Kerajaan dan Perdana Menteri memohon supaya material dan dokumen yang dikemuka sebagai eksibit dalam sebarang permohonan interlokutori dan perbicaraan saman itu hanya boleh didedahkan kepada pihak dalam saman berkenaan, termasuk peguam masing-masing, saksi dalam perbicaraan dan pihak yang difikirkan oleh mahkamah.

Mereka juga memohon supaya pihak yang diberi akses kepada material dan dokumen supaya pada setiap masa menjaga kerahsiaan semua dokumen sulit berkenaan, termasuklah tidak mendedahkan kepada mana-mana pihak selain daripada mereka yang dibenarkan mahkamah.

Selain itu, salinan bercetak dokumen dalam kes saman berkenaan (sekiranya perlu) diperintah, hendaklah disimpan dengan selamat oleh hakim yang mendengar kes saman terbabit.

Turut dimohon, satu perintah untuk memastikan dokumen sulit tidak dikategorikan sebagai umum dan tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan atau apa-apa salinan, dalam apa jua bentuk termasuk pemeriksaan dalam talian secara e-filing.

Kerajaan memberikan alasan tindakan saman itu isu sensitif kerana bukan saja membabitkan martabat kerajaan tetapi juga membabitkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Singapura.

Selain itu, dokumen dan maklumat yang akan didedahkan dalam kes saman berkenaan berstatus dokumen berperingkat dan ada yang bertaraf rahsia besar mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurut kerajaan, dokumen dan maklumat yang akan didedahkan dalam saman itu perlu dilindungi bagi mengelakkan perselisihan faham dan demi menjaga hubungan baik dua hala, di antara kerajaan Malaysia dan Singapura.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac ini untuk pengurusan kes.

Dalam kes saman itu, seorang individu Mohd Hatta Sanuri memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi pada 28 Mei tahun lalu, dengan menamakan Perdana Menteri (tidak dinyatakan secara khusus) dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan itu, Hatta, 45, berkata dia bertindak untuk diri sendiri dan 32 juta rakyat Malaysia yang menerima akibat daripada tindakan sebelah pihak kerajaan, menarik balik semakan ICJ tanpa membentangkan dan membincangkannya di Parlimen.

Plaintif berkata, kerajaan sehingga kini belum memberikan penjelasan penarikan balik permohonan semakan, berdasarkan bukti baharu yang menyokong Malaysia dalam usaha menuntut kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Puteh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.