Britain cadang batal syarat wajib vaksin pekerja kesihatan
1 FEB : Kerajaan Britain bakal membatalkan syarat wajib vaksinasi COVID-19 ke atas pekerja kesihatan berikutan perkhidmatan dalam bidang itu menghadapi isu kekurangan kakitangan yang serius.
Sebelum ini, dasar Britain memerlukan pekerja dalam Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) dan pekerja penjagaan sosial yang dikendalikan kerajaan perlu lengkap vaksin sepenuhnya pada 1 April.
Peraturan diumumkan pada November lalu itu mendapat tentangan sekumpulan pekerja dengan mereka berdepan tindakan untuk dipecat jika tidak mematuhi yang juga mungkin boleh menyebabkan perkhidmatan kesihatan menghadapi kekurangan kakitangan yang serius.
Beberapa Ahli Parlimen dalam Parti Konservatif Perdana Menteri, Boris Johnson juga mengkritik keputusan itu.
England menarik langkah COVID-19 yang diperkenalkan untuk memerangi Omicron, termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika menggunakan pengangkutan awam dan memasuki kedai serta panduan untuk bekerja.
Scotland, Wales dan Ireland Utara memutuskan langkah mereka sendiri yang secara amnya lebih ketat.
Kerajaan itu menghadapi kritikan kerana pengendalian keseluruhan pandemik berkenaan, dengan Britain melaporkan lebih 155,000 kematian akibat COVID-19 sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah kematian ketujuh tertinggi di dunia.
Lebih 75,000 pekerja kesihatan dengan kira-kira seorang daripada 20 pekerja tidak mempunyai vaksin COVID-19.