Penyelidik Britain mahu guna antivirus sedia ada merawat COVID-19
4 FEB : Penyelidik di Britain mahu menggunakan semula terapi antivirus sedia ada untuk merawat COVID-19 dalam usaha untuk mengetepikan proses pembangunan yang panjang melalui ubat sedia ada.
Saintis akan mula menyaring 138 ubat dengan aktiviti antivirus yang diketahui terhadap virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 untuk mengkaji dan mengenal pasti kombinasi mujarab, kata universiti Harvard hari ini.
Penyebaran pesat Omicron ke seluruh dunia juga telah memaksa penyelidik untuk mencari pilihan yang sesuai dengan varian terbabit. Britain kini mempunyai jumlah kes COVID ketujuh tertinggi di seluruh dunia.
Kombinasi paling berkesan yang ditemui melalui projek itu akan dibentangkan kepada pihak berkuasa British, termasuk Pasukan Petugas Antiviral dan UK-CTAP, supaya ia boleh ditambah kepada ujian klinikal, kata Oxford.
“Terdapat pelbagai faedah dengan menemui rawatan baharu menerusi cara ini. Mereka telah melalui semua pemeriksaan yang diperlukan supaya kami tahu ia selamat dan mudah didapati, ia boleh ditadbir sendiri dan digunakan di rumah, membantu mengurangkan beban pada sistem penjagaan kesihatan.
“Projek bernilai 1.6 juta pound (RM9.06 juta) itu diketuai oleh Queen’s University Belfast, dengan pakar dari Queen’s, University of Liverpool dan Oxford dan dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Perubatan Britain,” kata Ultan Power, salah seorang penyiasat utama projek itu.