Angka kluster aktif COVID-19 terus meningkat
11 FEB : Angka kluster aktif Covid-19 terus meningkat dengan jumlah terkini sebanyak 410 kluster berbanding semalam, 395 kluster, manakala bagi kluster Covid-19 pula merekodkan peningkatan kepada 20 kluster berbanding semalam, 14 kluster.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,575 kluster.
“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,165 kluster berbanding semalam, 6,160 kluster,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, kata Dr Noor Hisham, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan penurunan, 155 kes berbanding semalam, 158 kes.
“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 80 kes berbanding semalam, 78 kes. Malaysia mencatatkan sebanyak 20,939 kes positif terus menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 19,090 kes sekali gus mengatasi 5,807 kes sembuh.
“Sebanyak 118 kes bersamaan 0.6 peratus daripada 20,939 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima. Bakinya, sebanyak 20,821 kes bersamaan 99.4 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 10 kes berbanding semalam, sembilan kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,075 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak satu daripada 10 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,474 kes.