11 FEB : Putera Charles disahkan positif COVID-19 untuk kali kedua dan kini sedang dikuarantin menurut kenyataan pejabatnya, semalam, menurut satu kenyataan pejabatnya.
Putera Charles juga turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis yang diadakan di Winchester, semalam dan akan menjadualkan semula lawatan secepat mungkin, di mana beliau juga sepatutnya dijadualkan untuk melawat sebuah momumen patung di selatan bandar ini.
Putera berusia 73 tahun itu pertama kali disahkan positif pada Mac 2020 dan menghabiskan masa tujuh hari kuarantin di Istana Balmoral di Scotland.