18 FEB: Sebanyak 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,728,147 atau 58.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19, seramai 22,941,779 individu atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,218,655 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,797,767 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,880,352 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam, sebanyak 173,669 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 54,398 termasuk 51,556 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,544 dos kedua dan 117,727 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,702,191 dos. – BERNAMA