nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MOF tidak pernah sorok fakta tentang ekonomi negara

20 FEB : Kementerian Kewangan tidak pernah menyorokkan sebarang fakta di dalam forum-forum, jawapan-jawapan parlimen dan laporan-laporan agensi seperti Bank Negara, Jabatan Statistik dan sebagainya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut merupakan fakta yang telah beliau sebut berulang kali kepada Kabinet dan sesiapa sahaja orang awam.

“Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini merujuk kepada sebuah laporan yang saya sampaikan kepada Tan Sri Muhyiddin.

“Ia adalah sebuah laporan yang diberikan kepada sekretariat Majlis Pemulihan Negara, seperti mana laporan-laporan lain yang diberikan rakan-rakan kabinet saya tidak kira dari mana-mana parti.

“Sebagai Pengerusi MPN, beliau memerlukan laporan-laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca-COVID,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegasnya lagi, kerana itu kerajaan memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal, untuk mengelakkan isu-isu seperti 1MDB, SSER dan sebagainya dari berlaku lagi.

Katanya lagi, fokus utama kerajaan sekarang adalah untuk memacu pemulihan negara agar rakyat dapat kembali hidup dengan selesa. Menjana pekerjaan, membawa pelaburan, membantu perniagaan adalah antara banyak strategi yang telah  dirancang untuk memacu pemulihan ini.

“Umum tahu keadaan ekonomi negara buat masa ini, terutamanya selepas kesan negatif yang dibawa oleh Covid. 

“Saya berharap kita dapat terus memberi keutamaan yang paling penting kepada pemulihan ekonomi untuk rakyat.

“Kita berada di atas landasan yang betul di mana aktiviti ekonomi, baik dari perspektif makro, perniagaaan atau individu sedang beransur pulih dengan pantas berdasarkan indikator-indikator seperti pasaran kerja dan sebagainya.

“Saya yakin kita dapat pulih mengikut perancangan dan menjana ekonomi sekaligus terus membawa keyakinan kepada pelabur untuk terus datang ke Malaysia,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.